Topic: Tazkirah: Ingat Allah dan Rasul dengan Nasyid? (Read 1850 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Semoga kita semua senantiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT hendaknya. Amin.

Baru-baru ini ada yang bertanya tentang nasyid tema laman ini. Sebenarnya saya mendapat inspirasi untuk menggunakan nasyid ini daripada laman blog Maahad Ahmadi Negeri Sembilan. Selepas beberapa kali mendengar nya, saya merasa tersentuh dengan puji-pujian Nama-nama Allah SWT dan Selawat buat Nabi Muhammad SAW yang terkandung di dalamnya. Saya lantas memutuskan untuk mengambilnya sebagai lagu latar beberapa laman web saya.

Walaupun ada juga pandangan yang menolak nasyid sebagai bentuk ingatan kepada Allah SWT ataupun RasulNya Muhammad SAW, saya percaya bahawa adalah lebih baik mengingati daripada tidak mengingati walaupun cuma dengan mendengar Nasyid. Ini sudah tentu lebih daripada lagha dengan hiburan yang melalaikan apatah lagi menyesatkan. Apapun, pilihlah Nasyid yang berkualiti sama dengan kita memilih majlis ilmu atau majlis zikir atau majlis amal yang berkaliti untuk kebaikan dan faedah diri kita semua di dunia dan akhirat.


Secara ringkasnya, maklumat nasyid tema di sini adalah seperti berikut:

Nasyid: Asma Allah
Artis: Sami Yusuf
Album: Without You
Tahun: 2009
Lirik: Bara Kherigi
Melodi: Sami Yusuf
Hakcipta: Awakening Worldwide Limited


Lirik penuh nasyid ini yang saya perolehi daripada laman web lirik http://www.islamiclyrics.net/sami-yusuf/asma-allah/http://apps.facebook.com/lamanilmu/?_fb_q=1 (tanpa perlu keluar dengan membuka tab baru facebook pada browser anda) atau layari laman Youtube di alamat http://www.youtube.com/watch?v=RgXRY5M13F4 (ada banyak versi dan pilihan di Youtube).

Semoga hiburan melalui nasyid tema Asma Allah ini membawa kita semua lebih ingat dan dekat dengan Allah SWT dan Rasulnya Muhammad SAW. Allahu A'lam.

Salam buat semua.