Topic: Tazkirah: Mari Bertasbih, Bertahmid dan Bertakbir! (Read 5367 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi kita Muhammad SAW, ahli keluarga, sahabat, tabi'en dan sekelian pengikut mereka sehingga ke hari kiamat.

Ya Allah! Permudahkanlah dan jangan disusahkan, Ya Karim! Amin!

Bertasbih ialah menyebut Subhanallah, bertahmid ialah menyebut Alhamdulillah dan bertakbir ialah menyebut Allahu Akbar.


Hadith #01

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: Dua kalimah yang ringan pada lidah, berat pada Al-Mizan (yakni timbangan Allah di hari akhirat) yang kedua-duanya sangat-sangat di sukai oleh Allah SWT itulah bertasbih dengan Subhanallahi Wabihamdihi, Subhanallhil 'Azhim.

(Riwayat Al-Bukhari , Muslim, At-Tarmizi, An-Nasaie dan Ibnu Majah)


Huraian:
Dalam sebuah hadith ada disebutkan: Janganlah barang seorang daripada kamu mencuaikan seribu kebaikan pada setiap hari. Andai kata ia membaca Subhanallahi Wabihamdihi sebanyak seratus kali nescaya dia akan memperolehi seribu kebaikan.

Dalam sebuah hadith lain pula ada disebutkan: Barangsiapa membaca Subhanallahi Wabihamdihi sebanyak 100 kali pada tiap-tiap pagi dan petang, maka dosa-dosanya akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan.

Dalam sebuah hadith lain lagi ada disebutkan: Barangsiapa yang membaca yang membaca Subhanallahi, Alhamdulillahi, La ilaha illallahu, Allahu Akbar akan gugurlah dosa-dosanya seperti daun-daun yang jatuh berguguran pada musim luruh/dingin.

Bersambung...