Topic: Tazkirah: Sumpah Fitnah - Fatwa Al-Qardhawi (Read 6031 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Terjemahan Teks Fatwa Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi
Mengenai Sumpah Fitnah




Jawapan:

Dengan nama Allah, Maha Pengasih Maha Penyayang.

Segala pujian untuk Allah SWT, selawat dan salam untuk RasulNya SAW serta keredhaan Allah buat orang yang mengikut sunnah dan bimbingan baginda SAW.

Syariat Islam diturunkan untuk melindungi kepentingan manusia, menjaga agama, nyawa, harta, maruah dan nama baik seseorang. Ini terkandung dalam Maqasid Shariah (matlamat syara`) di mana Islam melindungi kepentingan asas manusia iaitu nyawa, akal, harta, keturunan serta nama baik orang ramai.

Rasulullah SAW menegaskan dalam hadis baginda bermaksud:

.


Dalam hadis tadi, baginda SAW menegaskan dengan jelas tentang pengharaman perkara-perkara tersebut itu. Sebaliknya Islam mengajar agar tiap orang melindungi dan menjaga maruah orang lain. Malah jika benar pun seseorang itu telah melakukan kesalahan, Islam menuntut agar ia tidak dihebahkan atau digembar-gemburkan tapi dilindungi (dirahsiakan sehingga diputuskan di mahkamah) demi menjaga maruah seseorang itu (selagi keputusan muktamad belum dicapai).



Al-Quran menjelaskan dalam Surah An-Nur (24:19) -



Oleh kerana itu Islam menetapkan hukuman yang amat berat terhadap orang yang mengaibkan orang lain atau menceroboh maruah dan nama baik orang lain. Islam telah menetapkan tiga jenis hukuman terhadap orang yang melakukan fitnah keatas orang lain iaitu; hukuman fizikal, hukuman moral dan sosial serta hukuman spiritual.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nur (24:4) -



Ulama sepakat mengatakan tuduhan zina kepada lelaki muslim sama hukumannya dengan tuduh zina terhadap wanita muslimah. Ulamak juga sepakat bahawa tuduhan liwat adalah sama dengan zina. Dalam hal ini lumrahnya tuduhan zina ini (seperti lafaz ayat) ditujukan kepada golongan wanita. Namun jika ada sesiapa yang menuduh orang lelaki yang berbuat demikian maka menurut ijma' Ulamak ia termasuk dalam lingkungan makna ayat ini.

Hukuman fizikal yang dimaksudkan ialah 80 kali sebat. Manakala hukuman moral dan sosial ialah dengan menolak kesaksiannya buat selama-lamanya. Imam Abu Hanifah menegaskan bahawa walaupun orang berkenaan sudah bertaubat namun hukuman ini tetap berlaku dan berkuat kuasa iaitu ia tidak boleh menjadi saksi selama-lamanya. Adapun hukuman agama pula adalah ia dianggap sebagai orang yang fasiq.

Sebenarnya (sepatutnya) tidak akan ada orang yang berani berbuat demikian, iaitu menuduh dan memfitnah orang lain dengan tuduhan palsu melainkan orang yang fasiq atau rusak agama.Allah SWT berfirman dalam surah An-Nur (24:11) -



(Ini satu bentuk sumpah fitnah yang secara tidak langsung menuduh sahabat Nabi SAW dan isteri Baginda, Aisyah RA - Ummul Mukminin melakukan zina. Na'uzubillahi min zalik!)

Fitnah ini berterusan memamah nama baik Saiyidatina Aisyah RA untuk beberapa lama hinggalah Al-Quran menegaskan dalam Surah An-Nur (24:12) -



Ertinya - sepatutnya kamu menolak fitnah itu sejak awal-awal lagi dengan menekankan tentang dosanya dan perlunya orang berkenaan membawa dan menampilkan 4 orang saksi.

Allah SWT menegaskan dalam ayat berikutnya juga di surah An-Nur (24:13) -



Al-Quran mensyaratkan 4 orang saksi (yang adil) dalam kes yang berkaitan dengan maruah dan kehormatan diri. Dan sememangnya Islam bersikap keras dan tegas dalam hal yang melibatkan maruah serta nama baik orang lain.

Berbeza dengan kes berkaitan dengan harta maka Islam memadai dengan dua orang lelaki sebagai saksi atau seorang lelaki dan dua orang perempuan sebagai saksi.

Dalam kes berkaitan dengan maruah seperti fitnah ini, Islam mensyaratkan mesti dibawa empat orang saksi. Al-Quran menjelaskan

Al-Quran menjelaskan lagi dalam ayat yang berikutnya An-Nur (24:14) -



Maksudnya - Kerana rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada kamu maka kamu tidak digegar dan ditelan bumi ataupun dilanda dengan bencana taufan dan sebagainya sepertimana yang dialami oleh umat-umat sebelum ini (atau seperti di negara-negara lain yang telah kita saksikan akhir-akhir ini).

Al-Quran menegaskan lagi An-Nur (24:15) -

Allah SWT menegaskan dalam surah An-Nur (24:16-17) -

Di mana Allah SWT mengingatkan :


Dalam ayat berikutnya Allah SWT berfirman (an-Nur 24:18) -

Inilah nasihat saya kepada umat Islam di Malaysia. Mereka perlu takut kepada Allah. Janganlah menuduh, memfitnah secara membuta tuli, merosakkan maruah dan nama baik orang kerana menurut hawa nafsu atau menurut dorongan politik dan golongan tertentu yang suka mendorong orang lain melakukan kejahatan seperti itu dengan menggunakan media massa dan sebagainya.

Kalau tidak, mereka harus ingat bahawa pengawasan Allah SWT terhadap kejahatan seperti itu tidak pernah luntur atau luput. Allah mungkin membiarkan atau memberi tempoh dan penangguhan masa untuk menjatuhkan hukumanNya; namun Allah tidak pernah lupa atau cuai untuk berbuat demikian bila sampai masanya. Allah berfirman dalam Surah Ibrahim (14:42) -



Saya menasihatkan anak-anak saya rakyat Malaysia lelaki dan perempuan agar jangan mudah menceroboh maruah orang Islam yang lain. Lebih-lebih lagi terhadap orang yang memang terkenal baik, dihormati, berakhlak mulia dan luhur, seorang pendakwah yang berbudi pekerti mulia di dunia Islam; seperti saudara Anwar Ibrahim dan lain-lain.

Amat jelas, bahawa pertuduhan terhadap beliau adalah bermotifkan muslihat politik serta dilakukan oleh orang-orang yang memandang ringan perbuatan mengaibkan orang dengan tuduhan jahat seperti itu.



Saya berdoa agar Allah SWT mendedahkan hakikat yang sebenarnya. Saya mohon agar Allah SWT menangkan yang hak serta benar dan menumpaskan kebatilan yang batil. Saya berdoa agar Allah SWT menyatakan kebenaran saudara Anwar Ibrahim. Agar Allah SWT bebaskan beliau dari pertuduhan jahat ini. Biarlah Allah SWT dedahkan konspirasi orang-orang yang memburuk-burukkan beliau dan menyibarkan pembohongan dan fitnah di kalangan orang ramai secara tidak bertanggongjawab dan tidak takut melakukan dosa serta penderhakaan yang nyata kepada Allah SWT.

Insya Allah! Ketahuilah bahawa kebenaran tidak akan hilang atau tumpas, justeru Allah SWT pasti akan memenangkan yang hak dan benar, Allah SWT akan menumpaskan kebatilan walaupun golongan petualang tidak suka dan benci.

Sekian, wassalamu alaikum warahmatullah wabarakatuh!