Topic: Muhasabah: Jawapan terhadap Fitnah kepada Al-Imam Al-Ghazali (Read 7895 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

[float=right][/float]Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekelian alam, Yang Maha Menghidupkan dan Yang Maha Mematikan, Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas Junjungan, Kekasih, Pemberi Syafaat, Pelindung semua umat Muslimin, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabi'en, para tabi' tabi'en dan sekelian yang mengikuti dengan ihsan sehinggalah ke hari pembalasan.

Di hari ini sekelian para pemfitnah dan penyesat umat manusia, yakni Thagut, baik daripada golongan jin mahupun manusia, akan dihumbankan ke dalam api neraka Jahannam dan akan dikekalkan mereka di dalamnya. Kita bermohon semoga Allah SWT  melindungi kita semua daripada mereka dan daripada dimasukkan ke dalam api neraka.


Sidang pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Dewasa ini seringkali kita terdengar atau terbaca fitnah yang dibawa oleh puak penyesat lagi Thagut yang tidak asing lagi bahawa kononnya Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali rahimahullahu 'alaih, seorang Imam besar agama Islam yang bermazhab As-Shafe'i yang sangat dihormati lagi digeruni kawan mahupun lawan pada akhir hayatnya bertaubat kepada Allah dan kembali berpegang hanya kepada hadith-hadith sahih daripada kitab-kitab sahih Al-Bukhari dan Muslim.

Kononnya itulah dosa Imam besar itu yang telah meninggalkan daripada mempelajari ilmu hadith dan berpegang kepadanya sehingga menyebabkan beliau banyak menulis tanpa asas atau sandaran hadith-hadith sahih dan ini  yang menyebabkan beliau pada akhir hayatnya bertaubat dan kembali berpegang teguh kepada hadith-hadith sahih sehinggalah beliau kembali ke pangkuan ilahi.


Sidang pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Dakyah-dakyah, tohmahan-tohmahan dan fitnah-fitnah ini telah membawa kepada kesimpulan yang sesat lagi menyesatkan kerana ia menimbulkan keraguan-keraguan dan persoalan-persoalan yang tidak berasas iaitu apakah benar Al-Imam Al-Ghazali yang bergelar Hujjatul Islam hanya belajar hadith-hadith sahih dan berpegang kepadanya hanya pada akhir hayat beliau? Bahkan terlebih buruk daripada itu, serangan-serangan yang hampir sama juga mula dihadapkan kepada Al-Imam An-Nawawi, bahkan kepada Al-Imam As-Syafe'i sendiri.

[float=left][/float]Serangan serupa juga sebenarnya dihadapkan kepada Imam-imam mazhab lain dengan kaedah-kaedah yang lain pula seperti kononnya Mazhab Hanafi dengan hanya berpegang kepada akal atau Ar-Rokyu, kononnya mazhab Maliki kepada perbuatan penduduk Madinah tanpa ada sandaran nas Al-Quran dan hadith-hadith sahih dan sebagainya.

Ini membuatkan sekelian ramai pengikut mazhab tergoyah daripada mengamalkan amalan-amalan baik lagi terpuji sedangkan mazhab-mazhab Fekah ini sememangnya mempunyai sandaran yang kuat lagi kukuh daripada Al-Quran dan hadith-hadith sahih dalam menetapkan hukum-hukum Fekah dalam Islam. Lebih teruk lagi, sudah ramai yang makin terpesong dan jauh meninggalkan amalan agama Islam dalam rutin harian mereka sehingga ramai yang menjadi munafik bahkan sudah ramai yang kafir dan terang-terangan menentang Islam dan umat Islam.

Ini berpunca daripada golongan Thagut lagi Dajjal ini yang mempunyai kepentingan peribadi menyesatkan umat Islam kerana pemikiran mereka yang rosak lagi berlawanan dengan pemikiran dan perlaksanaan Islam yang betul yang disusun semula oleh Hujjatul Islam Al-Ghazali dalam usaha memastikan bahawa agama Islam itu dihidupkan melalui pengamalannya dalam diri setiap inidividu Muslim.

Mereka daripada Thagut lagi Dajjal itu menulis pelbagai fitnah yang menyimpulkan bahawa kononnya kajian Al-Ghazali terhadap Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim menjelang hari-hari kematian beliau, adalah dalil jelas yang menunjukkan bahawa beliau sebelumnya jauh dari Sunnah yang sahih dan di akhir hayat beliau telah kembali kepada Sunnah yang sahih. Kita berlindung dengan Allah daripada golongan syaitan yang direjam ini baik mereka ini daripada golongan jin atau manusia.


Sidang pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Cara berfikir dan bertindak seperti mereka itu sememangnya jelas berniat jahat, sesat lagi menyesatkan. Justeru, tidak hairanlah ramai ulamak besar bangkit menentang dakyah dan fitnah mereka dengan sepenuh kebijaksanaan dan kekuatan baik yang mempunyai kuasa dalam kerajaan atau yang bergerak secara pondok dan madarasah daripada seluruh dunia. Akhirnya kekuatan kebenaran telah membenamkan Thagut lagi Dajjal ini buat seketika.

[float=right][/float]Akan tetapi sebagaimana Allah berjanji Yakjuj dan Makjuj akan keluar juga akhirnya, mereka ini juga dewasa ini telah kembali berdikit-dikit untuk bangkit menyesatkan kembali umat Islam. Fikirkanlah! Apakah jika seseorang itu di akhir hayatnya banyak membaca dan mengkaji hadith-hadith sahih secara automatik dia sebelum daripadanya jauh dari hadith-hadith sahih? Atau belum membaca, mempelajari dan mengkajinya? Atau tidak mahu bersandar atau bergantung kepadanya dan membencinya? Sudah tentu tidak sama sekali.

Ternyata dangkal sekali penghujahan mereka yang Thagut lagi Dajjal itu. Tetapi sebagaimana yang telah diingatkan oleh Allah SWT dan RasulNya SAW, tipu daya mereka itu sangat halus, bahasa mereka itu sangat manis dan tawaran-tawaran mereka itu sangat menarik sehingga ramai yang terpedaya dan tertipu oleh kata-kata mereka.

Ketahuilah! Orang-orang yang masuk syurga itu diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT untuk kekal istiqamah dalam berada di jalan yang lurus, yakni jalan yang diberikan nikmat ke atas mereka dengan dapat beramal ibadah dengan banyak lagi ikhlas mengharapkan keredhaan Allah SWT, baik seperti para Nabi ASW, para Siddqin, para Syuhadak dan para Solihin.

Justeru mereka itu senantiasa istiqamah dalam ilmu serta pembacaan, pengajaran dan pengkajian sehinggalah ke akhir hayat mereka. Demikian pula Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali ini. Seperti kebanyakan mereka yang arif lagi alim,  mereka senantiasa membaca, merujuk, berpegang kepada hadith-hadith sahih dan mengajarkannya pada akhir hayat mereka sama seperti mereka pada awal kehidupan mereka. Dalam erti kata yang telah disebutkan, ia semata-mata kerana mereka adalah golongan yang istiqamah dalam berilmu dan beramal.


Sidang pembaca yang dirahmati Allah SWT,

[float=left]http://almanar.wordpress.com/2010/08/31/imam-al-ghazali-telah-belajar-hadits-jauh-sebelum-wafat/